Jabatan Muzium Malaysia

Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50566 ,United Kingdom
Jabatan Muzium Malaysia Jabatan Muzium Malaysia is one of the popular Art Gallery located in Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur , listed under Government organization in Kuala Lumpur , History Museum in Kuala Lumpur , Public & Government Services in Kuala Lumpur ,

Contact Details & Working Hours

More about Jabatan Muzium Malaysia

PENGENALAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ialah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang diberi tanggungjawab menyelaras aktiviti permuziuman dan menyelia sebanyak 21 muzium di seluruh Malaysia iaitu:

1.Muzium Negara (Kuala Lumpur)
2.Muzium Perak (Perak)
3.Muzium Tekstil Negara (Kuala Lumpur)
4.Muzium Arkeologi Lembah Bujang (Merbok, Kedah)
5.Muzium Kota Kayang
6.Muzium Labuan
7.Muzium Marin Labuan
8.Muzium Adat
9.Galeria Perdana
10.Muzium Sungai Lembing (Sungai Lembing,Pahang)
11.Muzium Seni Bina Malaysia (Melaka)
12.Muzium Automobil Nasional (Sepang, Selangor)
13.Muzium Etnologi Dunia Melayu (Kuala Lumpur)
14.Muzium Lukut (Port Dickson, Negeri Sembilan)
15.Muzium Seni Kraf Orang Asli(Kuala Lumpur)
16.Muzium Matang (Taiping,Perak)
17.Muzium Chimney (Labuan)
18.Muzium Kota Kuala Kedah (Kuala Kedah,Kedah)
19.Muzium Kota Johor Lama (Kota Tinggi, Johor)
20.Muzium Alam Semulajadi(Putrajaya, Selangor)
21.Muzium Diraja (Kuala Lumpur)

JMM juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui keahlian di bawah agensi-agensi seperti

1.ICCROM (International Centre For The Study Of The Preservation And Restoration Of Cultural Property)
2.ICOM (The International Council Of Museums)
3.SEAMEO-SPAFA (Regional Centre For Archaeology And Fine Arts)
4.UNESCO (United Nation Educational, Scientific And Cultural Organization)
5.ASEF (Asia-Europe Foundation)

SEJARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah. Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Map of Jabatan Muzium Malaysia